Buka Sms

Buka Sms

Tips Penghantaran SMS Pada Musim Perayaan

Pemasaran SMS mempunyai keunikan untuk mencapai pelanggan secara terus.

Jadi, anda perlulah gunakan kelebihan ini dengan tepat untuk tingkatkan hasil jualan.

Ini ada beberapa tips yang anda boleh ikuti untuk pastikan kempen pemasaran SMS 2023 anda berjaya pada musim perayaan :

Pastikan anda jadualkan blast SMS pada waktu yang betul. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin tawarkan pakej Qurban, pastikan anda lakukannya lebih awal agar pelanggan boleh pertimbangkan untuk sertai program bersama anda.

Dengan lambakan jualan menjelang musim perayaan, pelanggan akan berasa rimas sekiranya sesebuah jennama hantarkan terlalu banyak mesej promosi.

Sebaliknya, rancang untuk hantar SMS dengan kekerapan yang sederhana dan fokuskan pada kandungan yang menarik dan bermanfaat untuk ditawarkan pada pelanggan.

Tahukah anda bahawa 66% pelanggan menggunakan telefon bimbit untuk membeli-belah? Pada musim perayaan, lebih ramai pelanggan yang cenderung untuk buat pembelian.

Jadi, manfaatkanlah musim perayaan untuk tarik lebih ramai lagi pelanggan untuk daftar pemasaran SMS 2023 anda. Sebagai contoh, anda boleh tawarkan hadiah istimewa bagi setiap pendaftaran.

Contoh SMS : Mesej RAYA ke 23443 untuk dapatkan sampel lipstick percuma daripada NEERA.

Musim perayaan adalah waktu yang tepat untuk anda kekalkan kesetiaan pelanggan di samping menarik ramai lagi pelanggan untuk ketahui mengenai jenama anda.

Jangan lupa untuk gunakan waktu-waktu yang telah disenaraikan untuk lancarkan pemasaran SMS 2023.

Tetapkan waktu serta kandungan yang betul pada setiap SMS yang dihantar, anda pasti akan dapat hasil yang memuaskan.

Jom mulakan pemasaran SMS 2023 dengan kami! SMS Niaga sedia menawarkan pakej dengan harga yang berbaloi untuk tingkatkan potensi bisnes anda. Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut.

SMS Vs MMS : Ciri-Ciri, Beza dan Contoh Kempen Yang Anda Boleh Cuba

Sebelum pergi dengan lebih jauh, jom kita kenali apa itu SMS dan MMS.

SMS bermaksud Short Message Service. Mesej adalah berasaskan teks dan mempunyai had maksimum 160 aksara.

Setiap telefon mudah alih tidak kiralah  model lama atau model baru dilengkapi dengan ciri SMS.

Oleh itu, SMS adalah satu bentuk komunikasi yang sebati dengan semua pengguna telefon bimbit. Ia juga sangat mudah untuk digunakan.

Untuk menghantar SMS, anda hanya perlukan senarai nombor telefon penerima yang  dikumpulkan dalam satu database.

MMS pula bermaksud perkhidmatan pemesejan multimedia iaitu mesej teks yang terdiri daripada media, seperti imej, fail audio, GIF dan video.

Saiz MMS adalah lebih besar berbanding SMS kerana ia boleh mencecah sehingga 500KB atau 1600 karakter.

Untuk menghantar mesej MMS juga lebih mahal kerana penggunaan data yang banyak. Walau bagaimanapun,  mesej MMS jauh lebih menarik dari segi visual dan mampu menyalurkan lebih banyak informasi berbanding SMS.

Seperti SMS, MMS juga boleh dihantar tanpa bantuan internet.

Namun,  tidak semua telefon pintar dapat menerima mesej dalam bentuk MMS. Dalam kes ini, penerima hanya akan terima teks sahaja pada paparan skrin mereka.

Anda contoh kempen SMS yang anda boleh cuba adalah seperti berikut :

Anda boleh menghantar promosi kod setiap kali ada pelancaran produk baru atau jualan.

Pelanggan yang membaca teks ini pasti akan cenderung untuk melawat website atau kedai online anda untuk ketahui mengenai promosi yang ditawarkan dengan lebih lanjut.

Anda juga boleh hantarkan mesej alu-aluan kepada pelanggan yang baharu mendaftar dengan anda.

Cara ini boleh membuatkan pelanggan baru rasa lebih teruja untuk mencuba produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan di samping memberikan first impression yang baik.

Setiap perubahan yang berlaku atau yang diubah pelanggan dari laman web atau kedai online perlulah dimaklumkan kepada pelanggan melalui mesej teks.

Sertakan juga nombor telefon pada mesej anda yang boleh mereka hubungi untuk nyatakan masalah yang dihadapi.

Hantarkan kod pengesahan melalui mesej SMS setiap kali pelanggan log masuk ke laman web anda supaya mereka dapat mengesahkan identiti mereka.

Mesej ini penting bagi menjamin keselamatan maklumat pelanggan tersebut.

Anda juga boleh manfaatkan SMS Marketing untuk memberikan peringatan janji temu kepada pelanggan.

Dalam SMS tersebut, anda dapat maklumkan tarikh dan masa janji temu dalam mesej teks anda.

Sertakan juga nombor yang dapat dihubungi oleh pelanggan atau link yang mereka boleh rujuk untuk khidmat pelanggan.

MMS adalah salah satu strategi yang baik untuk anda perkenalkan produk baru.

Pada teks mesej tersebut, sertakan satu gambar produk baru dan teks ringkas yang anda ingin hantarkan pada pelanggan.

Jangan lupa untuk sertakan bersama pautan ke laman web supaya pelanggan dapat mengetahui lebih lanjut mengenai produk terbaru anda.

Selain gambar, anda juga boleh hantarkan video pendek yang menarik kepada pelanggan.

Memang tak rugi untuk anda cuba memandangkan ramai yang lebih gemar menonton video berbanding membaca teks yang panjang.

Selain pengenalan produk terbaru, pemilik bisnes juga biasa hantarkan video MMS bagi mengumumkan jualan kilat kepada pelanggan mereka.

Anda boleh sertakan gambar kupon dalam teks mesej promosi anda supaya pelanggan lebih tertarik untuk berbelanja.

Anda juga boleh tambahkan pautan laman web dalam MMS untuk memudahkan pelanggan membeli-belah di kedai online anda.

SMS dan MMS kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. Bila anda tahu  perbezaannya, maka anda bolehlah manfaatkan kedua-duanya dalam kempen pemasaran dengan lebih berkesan! Selamat mencuba!

Bagi anda yang ingin mulakan pemasaran SMS dengan harga yang murah serta lengkap dengan ciri-ciri menarik, jom daftar SMS Niaga bersama kami.

Sumber:  voicesage.com

Kalendar Strategi Pemasaran SMS 2023 : Tarikh-Tarikh Penting & Idea Teks

Hari Raya Aidilfitri : 22 April 2023

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, ramai yang teruja untuk buat persiapan dengan membeli-belah. Inilah peluang anda untuk tawarkan diskaun menarik.

Salam Aidilfitri! Jom dapatkan koleksi Lebaran terkini dengan potongan diskaun 15%.

Tahun Baru Cina : 22 & 23 Januari 2023

Anda juga boleh tarik kunjungan pelanggan ke kedai anda dengan diskaun esklusif untuk pembelian secara walk-in sempena Tahun Baru Cina.

Contoh SMS Pemasaran 2023 untuk Tahun Baru Cina :

Semarakkan sambutan Tahun Baru Cina dengan potongan 15% diskaun bila anda dine-in di Neko Café. Tawaran sah pada 22 & 23 Jan sahaja!

Tutorial Blast SMS Menggunakan Akaun SMS Niaga V2 + Go.my

Selepas anda berjaya login ke akaun SMS Niaga V2, klik pada Tools dan juga butang CerdikLink seperti gambar di bawah.

Kemudian, klik Add New Link untuk masukkan nama dan destinasi link yang anda mahukan.

Selepas selesai langkah 2, anda perlu klik sama ada bulk SMS atau quick SMS berdasarkan bilangan data anda untuk mulakan penghantaran mesej.

Isikan group, sender id dan juga taipkan kandungan SMS anda seperti rajah dibawah bagi kedua-dua kategori. Anda boleh ikuti contoh seperti di bawah.

Untuk gunakan fungsi ini, pastikan anda tandakan pada kotak Use Cerdiklink yang disediakan seperti pada gambarajah di bawah, dan pilih nama link yang telah anda hasilkan pada langkah 2.

Kemudian mulakan penghantaran SMS anda dengan klik butang preview message dan seterusnya agree and send message.

Seperti yang dikongsikan di bawah, anda boleh semak laporan respon SMS daripada pelanggan selepas ia dihantar.

Anda boleh lihat bilangan penerima yang sudah klik link tersebut pada bahagian Total Clicked.

Dengan klik butang Details pula, anda boleh kenalpasti nombor telefon mana yang klik link anda.

Go.my bakal membantu jenama anda menghasilkan mesej pemasaran yang lebih profesional dengan link yang lebih pendek.

Dengan laporan SMS, ia juga bakal memudahkan anda untuk menjejak dan menganalisa kempen pemasaran SMS buat jenama anda.

Jangan terkejut kalau banyak order masuk sebaik sahaja anda blast SMS. Berminat untuk gunakan pemasaran SMS daripada kami?

Jom dapatkan pakej SMS Niaga dengan harga berbaloi bagi meningkatkan potensi perniagaan anda.

Pada masa kini, orang ramai semakin giat menggunakan telefon bimbit untuk melaksanakan kerja harian seperti memuat naik fail, membeli-belah secara online dan membayar bil.

Walaupun ramai yang jarang berhubung menggunakan SMS pada masa kini, namun ia merupakan antara platform pemasaran digital yang paling popular.

Ia menjadi pilihan ramai pemilik bisnes kerana sifatnya yang lebih cepat dibuka oleh penerima daripada emel.  Hanya beberapa saat, mereka akan membuka untuk melihat isi kandungan mesej tersebut.

Ia juga mempunyai kadar engagement yang lebih tinggi berbanding platform lain seperti E-mel Marketing.

Selain SMS, pemilik bisnes juga menggunakan MMS untuk mencapai pelanggan.

Walaupun agak sama, namun SMS dan MMS sebenarnya mempunyai proses yang sangat berbeza.

Untuk membantu anda membezakan antara SMS dan MMS, berikut ialah gambaran keseluruhan tentang ciri-ciri utamanya.

Awal Muharram : 19 Julai 2023

Sempena awal tahun baru Islam, anda boleh kongsikan motivasi serta ucapan ringkas buat pelanggan.

Contoh SMS : Selamat menyambut Awal Muharram. Semoga tahun ini menjadi titik pemula bagi kita untuk kekal istiqamah dalam beribadah.

Hari Raya Aidiladha : 29 Jun 2023

Hari Raya Aidiladha adalah waktu yang baik untuk anda kongsikan pakej sumbangan serta qurban.

Contoh SMS : Dah daftar qurban? Jom daftar dengan kami serendah RM 300 sebahagian! Klik di sini.

Hari Buruh : 1 Mei 2023

Contoh SMS : Selamat Hari Buruh! Dapatkan potongan diskaun 30% bagi pembelian RM 50 ke atas dengan kod HARIBURUH23.

Hari Malaysia : 16 September 2023

Anda juga boleh war-warkan program istimewa bersama pelanggan di cawangan menerusi pemasaran SMS.

Contoh SMS : Selamat Hari Malaysia! Kibarkan Jalur Gemilang ketika drive-thru dan dapatkan 15% diskaun bagi setiap pembelian!

Anda mungkin ingin melihat